Selasa, 7 Disember 2021

PERCUTIAN DI PULAU PINANG

 Seperti semua sedia maklum , pulau pinang merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati oleh semua rakyat Malaysia , ini kerana pulau pinang terkenal dengan makanan nya , maka tidak hairanlah pulau pinang dikenali sebagai syurga makanan. Tidak terlupa juga dengan sejarah yang dimiliki oleh pulau pinang antaranya yang kita boleh pelajari peristiwa perang dunia kedua yang boleh dirakamkan dan disejarahkan di muzium perang.Serba sedikit sejarah pulau Pinang dimana pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.

Sebelum nama Pulau Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown. (SUMBER : WEBSITE PENANG GOV)

Pada awalnya , kami bergerak dari rawang seawal jam 9 pagi . Perjalanan dari pulau pinang mengambil masa 4 jam di mana kami berkesempatan melalui jambatan terpaling di Asia Tenggara dan yang ketiga terpanjang di dunia iaitu sepanjang 13.5 kilometer bersamaan 8.4 kilometer merentasi laut

 



(GAMBAR JAMBATAN)

 

Sedikit sejarah yang saya boleh selitkan berkaitan jambatan pulau pinang. Jambatan ini menghubungkan lebuhraya Jelutong , Bayan Lepas dengan tanh besar Seberang Prai. Mantan Ketua Menteri Pulau PInang kedua iaitu Tun Dr. Lim Chong Eu. mencetuskan idea untuk membina jambatan ini kerana beliau merasakan sebuah jambatan perlu dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth sekitar tahun 1950-an. 

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1985 , dan memakan belanja sebanyak RM850 juta hanya untuk kerja pembinaan selama 3 tahun . Akan tetapi , jambatan ini telah membawa satu kebanggaan kepada negara dan satu percapaian untuk kejuteraan yang cemerlang di dunia . Ini kerana , struktur tengahnya yang merupakan antara jambatan kabel-penahan yang terawal di dunia . Jambatan ini dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam melaluinya. (SUMBER BUDAK PENANG CREW BPC)


Tepat jam 2 petang , kami singgah makan di Line Clear untuk menikmati nasi kadar yang menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia tidak terkecuali pelancong luar negara . Keistemewaan restoran ini ialah kerana restoran ini telah beroperasi lebih 70 tahun dan semestinya masakannya yang sedap seperti kuah kari , masak kurma , hitam dan sebagainya . Restoran ini telah berjaya membuka lebih daripada 10 cawangan di Malaysia tetapi restoran asal nya terletak hanya di tepi lorong kedai dan semestinya di "Penang Road " . Para pengunjung sanggup beratur untuk merasakan keenakan sentuhan nasi kandar "Line Clear" .Antara menu yang menjadi tarikan utama ialah daging/kambing masak hitam dimana kuahnya yang pekat dan cukup rempah ratusnya . Semestinya anda boleh datang ke sini merasai sendiri keenakan dan kesedapan Restoran 

Nasi Kandar Line Clear

Beside 161 & 177 Penang RoNad,
10000 George Town,Penang 




Perut kami sudah kenyang , maka kami mencari tempat untuk menginap iaitu di Bayview batu ferringi . Sudah semestinya , batu ferringi menjadi tempat utama untuk memilih tempat penginapan kerana berdekatan dengan pantai ,dapat menghirup udara segar dan yang paling penting jauh dengan kesesakan bandar . Saya boleh katakan bahawa Bayview hotel adalah salah satu tempat penginapan yang anda semua perlu cuba sendiri pengalaman dan keselesaan menginap di sini , ini kerana kemudahan yang disediakan adalah lengkap contohnya terdapat kolam mandi yang sangat besar dan peringkat kolam sesuai untuk semua golongan . Kanak-kanak boleh bermain kolam berserta taman permainan , kolam dengan paras air yang sesuai untuk mereka . Pihak penginapan juga memastikan keselamatan para pengunjung dengan terdapat jurupantau yang akan memantau gerak geri , perlakuan yang berbahaya kepada para pengujung dan diri sendiri . Soal keselamatan amat dititik beratkan dan alat-alat menyelamat juga turut disediakan

 

 

Jika anda ingin merasai mandi di pantai , anda tidak perlu keluar dari penginapan dan menempuh kesesakan kerana dibelakang Bayview , terdapat pantai khas untuk pengunjung yang menginap di sini .Anda hanya perlu berjalan kaki dan anda boleh bermandi sepuas-puasnya di pantai . Tidak turut terlupa , terdapat banyak aktiviti yang disediakan antaranya "banana boat" , menaiki kuda , "parasailing" , "jet skiing" dan sebagainya 



(GAMBAR SUASANA LUAR HOTEL BAYVIEW)

 

Selepas selesai kami mendirikan solat magrib , kami singgah makan malam berhadapan dengan penginapan kami iaitu restoran “Tomyam Seafood” . Terdapat pelbagai menu yang menarik anataranya ialah masakan panas iaitu tomyam , nasi goreng , char kuey teaw , chicken chop dan sebagainya . Yang paling menarik , restoran  ini menyajikan makanan dengan sangat cepat walaupun terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut dan perkhidmatan nya pun cukup mesra .


 

Selepas selesai memenuhi perut kami , kami pergi mencuci mata di AVATAR untuk melihat lampu warna-warni yang turut dikungi ramai pelacong . Saat kami tiba di sini , ramai penduduk yang membantu kami mencari tempat letak kereta dan memberi laluan kepada kami untuk meletakkan kenderaan berhadapan dengan rumah mereka . Masuk ke sini , tidak perlu membayar dan anda hanya perlu mendaki sedikit dan menaiki tangga untuk sampai ke tempat utama AVATAR tetapi usah risau kerana sepanjang perjalanan , anda disajikan dengan permandangan yang sangat cantik . Saat tiba di puncak , kesemua penat anda hilang bergitu sahaja saat melihat pemandangan yang sangat mempersona . Anda jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar dan berswafoto di sini sebagai kenangan dan memori paling bermakna untuk anda

 





(GAMBAR AVATAR)


Keesokan harinya , kami bangun awal untuk menikmati tempat sarapan pagi yang sangat popular di penang iaitu tidak lain dan tidak bukan Roti Canai Jalan Gemes . Tempat ini tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum kerana hampir semua sedia maklum , roti canai nya yang lembut berserta kuah kari banjir yang memikat hati semua pengujung yang datang ke sini . Menu yang istimewa di sini ialah roti canai dengan kari kambing , ayam dan tidak dilupa juga diletakkan keju ataupun telur mata di atas nya . Warung ini dibuka seawal 7 pagi dan saya menasihatkan anda untuk datang awal kalau tidak mahu beratur panjang dan menunggu giliran untuk makan di meja kerana tempatnya yang agak terhad .
51, 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Penang





Tidak lengkap percutian ke Penang , kalau tidak singgah ke Bukit Bendera dengan ketinggian 800m dari aras laut menyebabkan suhu di atas puncak agak sejuk dan dingin . Untuk naik ke bukit bendera ada 3 laluan yang disediakan iaitu mendaki melalai denai yang disediakan , menggunakan jeep atau menggunakan kereta api berkuasa tinggi dan ini merupakan pilihan ramai pelancong yang mengujungi ke sini kerana kereta api ini berkuasa eletrik buatan Sweeden yang mempunyai fasiliti yang selesa iaitu mempunyai penyaman udara , tempat duduk dan sebagainya . Untuk menaiki kereta api ini perlulah membeli tiket terlebih dahulu di mana yang mempunyai Mykad ataupun Mykid , bayarannya sebanyak RM6 bagi kanak-kanak antara umur 4 tahun hingga 12 tahun , RM12 bagi orang dewasa dan RM6 bagi warga emas untuk dua hala . Untuk yang tiada Mykad , bayaran agak marah sedikit iaitu kanak-kanak RM15 ,RM30 untuk dewasa dan RM30 untuk warga emas . Sekiranya anda tidak ingin beratur terlalu lama , anda boleh membeli tiket "Fast Line " tetapi bayarannya agak mahal .Nasihat saya , anda boleh membeli awal di website https://www.penanghill.gov.my/index.php/en/tickets untuk mengelakkan kesesakan dan dapat menjimatkan masa.

Menaiki kereta api berkuasa tinggi ke puncak hanyalah mengambil masa tidak kurang 10 minit , anda jangan melepaskan peluang untuk melihat ke luar tingkat pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan dengan kehijauan, burung-burung yang berkicip dan langit yang kebiruan. Sampai sahaja di puncak, pemandangan pertama yang anda akan lihat ialah  "Viewing Deck 180` " yang memperlihan bandar Georgetown yang sangat memukau. Andai lebih baik , anda dapat datang pada waktu malam untuk melihat sendiri keindahan bandaraya Georgetown yang penuh dengan lampu dan langit malam yang menjanjikan suasana romantik . Dan jika anda seorang penggemar melihat matahari terbit atupun terbenam , disinilah tempat yang anda harus kunjungi dan merasainya sendiri. Selepas itu, sepanjang perjalanan anda akan melihat banyak teropong yang disediakan untuk para pengunjung melihat bandar Georgetown dengan lebih dekat dengan bayaran RM1 untuk 2 minit 






Sudah semestinya tempat yang menjadi tarikan ialah Muzium burung hantu yang berdekatan dengan dataran Bukit Bendera yang mempunyai empat tingkat bangunan kayu yang menempakan medan selera/cafe untuk para pengunjung berehat dan menenagkan fikiran sambil melihat pemandangan yang mempersonakan , kedai cederamata untuk membeli buah tangan dari Bukit Bendera dan semestinya muzium burung hantu tetapi untuk memasuki ke muzium dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. 

Untuk yang datang ke sini dengan pasangan, semestinya anda akan pergi ke dataran love lock dimana berdekatan juga dengan dataran utama Bukit Bendera . Di sini terdapat banyak mangga kunci yang dikuncikan di pagar-pagar sebagai simbolik cinta mereka . Sekiranya anda tidak membawa mangga kunci , anda boleh membelinya di kedai cendermata tetapi pastikan anda tidak membuang kunci tersebut ke bawah iaitu ke dalam hutan. Tarikan ini juga merupakan inspirasi daripada Jepun dan Korea.


 


(Gambar padlock )


Aktiviti untuk orang muda yang ingginkan cabaran , anda boleh merasai sendiri bagaimana rasanya gempa bumi dan taufan iaitu di "Earthquake and Typoon Pavillion " . Tiket masuk untuk kesini hanyalahRM36 untuk dewasa dan RM24 untuk kanak-kanak . Simulasi yang diketegahkan sangalah menarik dan seakan-akan sama dengan bencana besar tersebut . Datang ke sini dan cubalah sendiri pengalaman yang sangat bermakna.
Sekiranya anda telah berasa penat tetapi masih ingin meneruskan perjalanan anda, disini tersedia perkhidmatan Buggy yang akan membawa anda mengeliligi Bukit Bendera dan pemandu yang bertugas turut akan menceritakan serba sedikit sejarah yang ada seperti rumah bangglo yang dulunya diduduki oleh orang inggeris , seni binanya dan sebagainya . Bayaran yang dikenakan hanyalah RM30 yang boleh dinaiki 4/5 orang sejauh 4KM






Untuk anda yang suka mengambil gambar , anda boleh datang ke "Little Village " iaitu yang bertemakan snow white . Anda boleh bergambar di pintu gerbang berbentuk hati dan pelbagai lagi .  Anda juga boleh bermain dengan arnab dan bergambar dengannya dan juga terdapat "Bee showroom" untuk anda mengenali serba sedikit berkenaan dengan lebah . Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 iaitu termasuk gambar yang diprintkan di pintu gerbang berbentuk hati . Tidak dilupa jugak ,  terdapat jurugambar yang profersional yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik tetapi seperti biasa , bayaran akan dikenakan .





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERCUTIAN DI PULAU PINANG

  Seperti semua sedia maklum , pulau pinang merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati oleh semua rakyat Malaysia , ini kerana pulau pi...