Seperti semua sedia maklum , pulau pinang merupakan salah satu tempat yang wajib dilawati oleh semua rakyat Malaysia , ini kerana pulau pinang terkenal dengan makanan nya , maka tidak hairanlah pulau pinang dikenali sebagai syurga makanan. Tidak terlupa juga dengan sejarah yang dimiliki oleh pulau pinang antaranya yang kita boleh pelajari peristiwa perang dunia kedua yang boleh dirakamkan dan disejarahkan di muzium perang.Serba sedikit sejarah pulau Pinang dimana pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786. Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
Sebelum nama Pulau
Pinang menjadi popular, penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang
dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar
tapak Fort Cornwallis. Dipecayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih
digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun
1800. Malah, sehingga kini nama Tanjong begitu serasi dengan penduduk Pulau
Pinang dan Seberang Perai apabila merujuk kepada Bandar Georgetown. (SUMBER : WEBSITE PENANG GOV)
Pada awalnya ,
kami bergerak dari rawang seawal jam 9 pagi . Perjalanan dari pulau pinang
mengambil masa 4 jam di mana kami berkesempatan melalui jambatan terpaling di Asia Tenggara dan yang ketiga terpanjang di dunia iaitu sepanjang 13.5 kilometer bersamaan 8.4 kilometer merentasi laut
(GAMBAR JAMBATAN)
Sedikit sejarah yang saya boleh selitkan berkaitan jambatan pulau pinang. Jambatan ini menghubungkan lebuhraya Jelutong , Bayan Lepas dengan tanh besar Seberang Prai. Mantan Ketua Menteri Pulau PInang kedua iaitu Tun Dr. Lim Chong Eu. mencetuskan idea untuk membina jambatan ini kerana beliau merasakan sebuah jambatan perlu dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Butterworth sekitar tahun 1950-an.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1985 , dan memakan belanja sebanyak RM850 juta hanya untuk kerja pembinaan selama 3 tahun . Akan tetapi , jambatan ini telah membawa satu kebanggaan kepada negara dan satu percapaian untuk kejuteraan yang cemerlang di dunia . Ini kerana , struktur tengahnya yang merupakan antara jambatan kabel-penahan yang terawal di dunia . Jambatan ini dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam melaluinya. (SUMBER BUDAK PENANG CREW BPC)
Tepat jam 2 petang , kami singgah makan di Line Clear untuk menikmati nasi kadar yang menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia tidak terkecuali pelancong luar negara . Keistemewaan restoran ini ialah kerana restoran ini telah beroperasi lebih 70 tahun dan semestinya masakannya yang sedap seperti kuah kari , masak kurma , hitam dan sebagainya . Restoran ini telah berjaya membuka lebih daripada 10 cawangan di Malaysia tetapi restoran asal nya terletak hanya di tepi lorong kedai dan semestinya di "Penang Road " . Para pengunjung sanggup beratur untuk merasakan keenakan sentuhan nasi kandar "Line Clear" .Antara menu yang menjadi tarikan utama ialah daging/kambing masak hitam dimana kuahnya yang pekat dan cukup rempah ratusnya . Semestinya anda boleh datang ke sini merasai sendiri keenakan dan kesedapan Restoran
Nasi Kandar Line Clear
Beside 161 & 177 Penang RoNad,10000 George Town,Penang
Perut kami sudah
kenyang , maka kami mencari tempat untuk menginap iaitu di Bayview batu
ferringi . Sudah semestinya , batu ferringi menjadi tempat utama untuk memilih
tempat penginapan kerana berdekatan dengan pantai ,dapat menghirup udara segar
dan yang paling penting jauh dengan kesesakan bandar . Saya boleh katakan bahawa
Bayview hotel adalah salah satu tempat penginapan yang anda semua perlu cuba
sendiri pengalaman dan keselesaan menginap di sini , ini kerana kemudahan yang
disediakan adalah lengkap contohnya terdapat kolam mandi yang sangat besar dan
peringkat kolam sesuai untuk semua golongan . Kanak-kanak boleh bermain kolam
berserta taman permainan , kolam dengan paras air yang sesuai untuk mereka .
Pihak penginapan juga memastikan keselamatan para pengunjung dengan terdapat jurupantau
yang akan memantau gerak geri , perlakuan yang berbahaya kepada para pengujung
dan diri sendiri . Soal keselamatan amat dititik beratkan dan alat-alat
menyelamat juga turut disediakan
Jika anda ingin merasai mandi di pantai , anda tidak perlu keluar dari penginapan dan menempuh kesesakan kerana dibelakang Bayview , terdapat pantai khas untuk pengunjung yang menginap di sini .Anda hanya perlu berjalan kaki dan anda boleh bermandi sepuas-puasnya di pantai . Tidak turut terlupa , terdapat banyak aktiviti yang disediakan antaranya "banana boat" , menaiki kuda , "parasailing" , "jet skiing" dan sebagainya
(GAMBAR SUASANA LUAR HOTEL BAYVIEW)
Selepas selesai
kami mendirikan solat magrib , kami singgah makan malam berhadapan dengan
penginapan kami iaitu restoran “Tomyam Seafood” . Terdapat pelbagai menu yang
menarik anataranya ialah masakan panas iaitu tomyam , nasi goreng , char kuey
teaw , chicken chop dan sebagainya . Yang paling menarik , restoran ini menyajikan makanan dengan sangat cepat
walaupun terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut dan perkhidmatan nya pun
cukup mesra .
Selepas selesai
memenuhi perut kami , kami pergi mencuci mata di AVATAR untuk melihat lampu
warna-warni yang turut dikungi ramai pelacong . Saat kami tiba di sini , ramai
penduduk yang membantu kami mencari tempat letak kereta dan memberi laluan
kepada kami untuk meletakkan kenderaan berhadapan dengan rumah mereka . Masuk ke sini , tidak perlu membayar dan anda hanya perlu mendaki sedikit dan menaiki
tangga untuk sampai ke tempat utama AVATAR tetapi usah risau kerana sepanjang
perjalanan , anda disajikan dengan permandangan yang sangat cantik . Saat tiba
di puncak , kesemua penat anda hilang bergitu sahaja saat melihat pemandangan
yang sangat mempersona . Anda jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar
dan berswafoto di sini sebagai kenangan dan memori paling bermakna untuk anda








